Masalah Kritikal Masyarakat Masakini Dalam Hal Ehwal Pengurusan Kewangan

INDIVIDU

Ramai sekali masyarakat Islam terjebak dalam aktiviti-aktiviti kewangan semasa yang MENYALAHI undang-undang Allah & RasulNya. Sebagai contoh yang paling ketara ialah ramai umat Islam terlibat dalam suatu Jenayah Kewangan & Ekonomi yang dipanggil sebagai RIBA. Rumah, Kereta, Kad Kredit, Pinjaman Peribadi, Insurans Nyawa & Am, Simpanan Tetap, dan sebagainya rata-rata diperolehi HASIL dari aktiviti Najis RIBA ini. Hal ini mengundang Pengisyitharan Perang oleh ALLAH dan RASULNYA.


PENIAGA / USAHAWAN

Ramai sekali bilangan usahawan Muslim yang menceburkan diri dalam dunia perniagaan kerana katanya ingin mengikuti Sunnah Rasulullah SAW yang melibatkan diri dalam perniagaan. Namun, SEDARKAH anda bahawa ramai di kalangan mereka yang TIDAK mengikuti Sunnah CARA Nabi SAW menjalankan perniagaan Baginda SAW. Penipuan, Khiayanat, Riba, Perjudian, Ihtikar, Khilabah, Ghish, Gharar, Rasuah, Pengurangan Timbangan dan sebagainya menjadi amalan rutin para peniaga yang terlalu jauh lari dari paksi kebenaran. Tidak kurang juga dengan penjanaan modal yang diperolehi daripada Muamalat Riba. Bagaimana mungkin ‘Barokah’ Allah memayungi mereka?


PELABUR

Sebilangan besar masyarakat Islam selalu begitu TERUJA dengan skim–skim pelaburan semasa yang sebilangan besar daripadanya terdedah dengan bahaya pelaburan yang menyalahi nasihat dan panduan agama. Akibatnya, ramai di kalangan mereka yang tidak mengecapi nikmat keadilan dan keuntungan HAKIKI seperti yang dikehendaki Islam. Contoh yang paling dekat ialah amalan Sistem Forex Trading, Sistem MLM, Pelaburan Emas dan sebagainya yang menjadi kegilaan sebahagian besar daripada mereka. Masalah timbul jika mereka tidak melihat apakah PARAMETER ISLAM dalam aktiviti-aktiviti tersebut yang sepatutnya dipatuhi.


AJK, PENGURUSAN & PENTADBIRAN MASJID/SURAU

Ada sebahagian pengurusan Masjid/Surau masih lagi membuka Akaun Simpanan dan menyimpan dana Masjid/Surau serta Dana Khairat Kematian di dalam Perbankan yang berasaskan RIBA. Hal ini cukup membimbangkan kerana dana Masjid/Surau itu tadi biasanya akan digunakan secara langsung oleh Perbankan tersebut dalam aktiviti berasaskan RIBA dan aktiviti-aktiviti yang tidak patuh Syara’.


KAKITANGAN KEWANGAN ISLAM / AGENSI / SOLICITORS

Terlalu banyak rungutan dari pihak pelanggan yang kurang berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh sebahagian KAKITANGAN/AGENSI/SOLICITOR institusi kewangan Islam terutamanya apabila HAMPIR Kurang memberikan penjelasan yang sewajarnya tentang prinsip-prinsip Syariah di dalam produk-produk mereka. Hal ini terjadi kerana barangkali mereka kurang diberikan Latihan Pengetahuan & Konsultansi Syariah yang sewajarnya. Akibatnya, ramai juga di kalangan mereka yang tidak dapat membezakan di antara transaksi kewangan Islam dengan kewangan konvensional dengan lebih mendalam.


MAHASISWA & LEPASAN GRADUAN IPT

Golongan Mahasiswa terutamanya lepasan Graduan seringkali mudah terjebak dengan aktiviti ‘MENCIPTA HUTANG’ di awal karier mereka yang padahnya membawa kesan seumur hidup seandainya tidak diberi rawatan & tunjuk ajar yang betul. Akibat sangat kurangnya nasihat dan tips awal berkenaan Pengurusan Kewangan Semasa mengikut pandangan Islam didedahkan  mengakibatkan sebahagian mereka telah diisytiharkan Muflis di dalam usia yang sangat muda.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *