Profil

MYTIJAROH RESOURCES (KT0284306-T) merupakan sebuah Syarikat Latihan dan Perunding (Konsultansi) Muamalat & Kewangan Islam Kontemporari yang telah ditubuhkan pada tahun 2010 oleh Pengasasnya, al-Fadhil Ustaz Mohd Fadhli bin Mohd Faudzi.

Penglibatan Pengasasnya di dalam dunia Kewangan Islam antara lain dalam sektor Perbankan Islam, Takaful dan Retakaful sebelum ini menjadi pemangkin kepada beliau untuk memperjuangkan Sistem Kewangan Islam dengan lebih serius kepada masyarakat. Minatnya yang mendalam dalam menyampaikan Risalah suci ini terutama melalui wadah penyampaian ilmu samada dalam bentuk Bengkel & Kursus Latihan, Ceramah Kesedaran dan Konsultansi Syariah hakikatnya telah terdidik semenjak bertugas di dalam Institusi-institusi Kewangan Islam seperti Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (TISB), Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB), Al-Rajhi Bank Malaysia (ARB) dan ACR ReTakaful di Malaysia & Bahrain. Berbekalkan kepada semangat perjuangan terutamanya dalam usaha mencelikkan masyarakat agar dapat membebaskan diri mereka daripada terus menerus terjerumus dengan najis-najis kewangan ini menjadi sumber inspirasi yang tinggi kepada pihak MYTIJAROH RESOURCES dalam usaha memperjuangkan Sistem Kewangan Ilahi ini dengan lebih tersusun dan berstrategi.

Aktiviti MYTIJAROH ialah mengadakan siri-siri khidmat Ceramah Kesedaran, Bengkel Latihan dan Konsultansi Muamalat & Kewangan Islam Kontemporari kepada kumpulan-kumpulan sasaran berikut:-

  1. Pegawai & Kakitangan Sokongan Institusi Perbankan Islam dan Takaful.
  2. Konsultan, Ejen dan Pegawai Pemasaran di dalam Sektor Takaful, Unit Trust, MLM serta institusi-institusi yang berkaitan.
  3. Organisasi Perniagaan dan Pelaburan seperti Pengusaha Emas, FOREX, Koperasi dan sebagainya.
  4. Usahawan dalam Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS).
  5. Kakitangan & Mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
  6. Kakitangan Guru Sektor Kerajaan dan Swasta.
  7. Jawatankuasa Masjid/Surau dan para jemaah
  8. Masyarakat Awam samada Muslim atau Non Muslim.