USTAZ MOHD FADHLI BIN MOHD FAUDZI
(Master Learning Facilitator)
Beliau merupakan Pengarah Urusan dan Pengasas Mytijaroh Resources. Beliau telah melibatkan diri di dalam Industri Kewangan Islam secara serius seawal tahun 2002 di mana ketika itu beliau mula bertugas di Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (TISB) iaitu ketikamana TISB mula ditubuhkan. Beliau telah diamanahkan untuk bertugas di dalam Jabatan Syariah. Beliau bertanggungjawab dalam portfolio seperti Shariah Advisory & Consultancy, Shariah Compliance, Shariah Training & Awareness dan sebagainya. Di samping itu, beliau juga bertanggungjawab dalam Pembinaan Modul Latihan untuk kakitangan dan para ejensi Takaful. Antara modul yang dibina ialah ‘Wasilah Kesejahteraan’ yang merupakan antara Modul Wajib kepada para ejensi Takaful.
Pada tahun 2006, beliau telah berhijrah ke dunia Perbankan Islam iaitu di Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB). Di sini, beliau juga memegang amanah untuk berkhidmat di Seksyen Syariah. Ketika itu, ia di bawah seliaan Jabatan Pengurusan Risiko yang kemudiannya dinaiktaraf menjadi Jabatan Syariah. Banyak portfolio penting dilaksanakan oleh beliau di BMMB, antara lain beliau diamanahkan untuk merekrut pegawai dan kakitangan BMMB dengan Program Latihan yang berkaitan Syariah. Beliau antara mereka yang bertanggungjawab membina modul penting seperti “Shariah Application in Islamic Banking (SAIB)” yang diwajibkan ke atas semua pegawai dan kakitangan bank.
Kemudian, beliau melakar langkah seterusnya ke Organisasi Perbankan Islam Antarabangsa iaitu Bank al-Rajhi yang baru beroperasi di Malaysia. Di sini, beliau menggalas tanggungjawab yang lebih mencabar di mana beliau ditempatkan di posisi sebagai Shariah Compliance & Auditor di Jabatan Syariah. Pengalaman yang cukup manis ketika berkhidmat di Bank Al-Rajhi ialah apabila beliau banyak berurusan dengan para Mashayikh Tokoh-tokoh Ilmuwan Kewangan Islam Antarabangsa seperti Associate Prof. Dr Saleh Abdullah Al-Lheidan dan Dr Mohammed Hael Ghilan Al-Madhagi. Di samping itu, Laporan Audit Syariah yang ditulis di dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab hakikatnya banyak menajamkan lagi kekuatan beliau di dalam bahasa-bahasa tersebut terutamanya yang melibatkan terma-terma ekonomi dan kewangan Islam Kontemporari.
Beliau juga pernah berkhidmat di Syarikat ACR Retakaful yang berpangkalan di Malaysia dan Bahrain sebelum dipanggil semula oleh pihak Bank Muamalat Malaysia Berhad bagi mengetuai tugas-tugas yang berkaitan dengan Pematuhan Syariah (Shariah Compliance).
Kini, beliau memegang beberapa portfolio penting di dalam Industri Kewangan Islam, antaranya:- Internal Shariah Adviser, Brighton Management Limited (BML) Labuan Offshore, Member of Shariah Advisory Panel, Limra Assets Sdn. Bhd. dan Accreditation Panel (AP), Finance Accreditation Agency (FAA), BNM & SC dan beberapa portfolio dalam industri kewangan.
HJ. WAN MOHD FADZLULLAH BIN WAN ABDULLAH
(Senior Learning Facilitator)
Beliau sangat berpengalaman luas di dalam dunia kewangan Insurans & Takaful. Beliau telah memulakan kariernya di Universal Life and General Insurance Sdn Bhd (kemudian ditukar nama kepada AETNA, ING dan kini dikenal sebagai AIA) pada bulan Jun 1985 sebagai ‘Management Trainee’ dan telah menghabiskan kira-kira 15 tahun dengan menjawat pelbagai portfolio pengurusan. Beliau telah meninggalkan AETNA pada tahun 2000 dengan jawatan terakhirnya sebagai ‘Vice President of Bumi Marketing Division and Regional Vice President of Life Division’.
Kemudian, beliau telah berkhidmat di Amal Assurance Berhad (yang kemudian ditukar nama kepada CIMB Aviva dan kini dikenal sebagai Sun Life) pada bulan Ogos 2000 sebagai ‘Assistant General Manager’. Pada bulan September 2002, beliau telah berhijrah ke industri Takaful dengan menjawat jawatan sebagai ‘General Manager’ Takaful Ikhlas Sdn Bhd (TISB). Beliau telah meninggalkan TISB pada bulan Jun 2013 dengan jawatan terakhirnya sebagai ‘Executive Vice President’. Selepas itu, beliau berkhidmat sebagai ‘Chief Executive Officer (CEO)’ di Hong Leong MSIG Takaful Bhd (HLM Takaful) dari bulan Julai 2013 sehingga Jun 2016.
UST. HAMDAN BIN ABDULLAH
(Senior Learning Facilitator)
Beliau merupakan salah seorang cahayamata kepada Tuan Guru Tersohor d Kelantan iaitu Tuan Guru Haji Abdullah atau lebih dikenali sebagai Haji Lah Lubok Tapah. Bagi menyambung legasi ayahandanya, beliau kini merupakan Pengarah, Akademi Tuan Guru Haji Abdullah Pondok Lubok Tapah dan Lembaga Pemegang Amanah, Pusat Pembangunan Pondok Berhad. Di samping itu aktif di dalam dunia pengajian pondok, beliau juga sangat aktif di dalam dunia perniagaan. Antara perniagaan yang diceburinya ialah di dalam Syarikat Permata Hijrah di mana beliau merupakan ‘Business Partner’ kepada Syarikat tersebut. Selain itu, beliau juga merupakan Pengasas kepada Hayyan Susu Kambing dan terlibat di dalam beberapa perniagaan yang lain.
Pengalaman beliau di dalam dunia kewangan Islam juga sangat luas. Sebelum terlibat secara langsung di dalam dunia perniagaan, beliau pernah berkhidmat di Jabatan Syariah di dalam organisasi-organisasi kewangan Islam seperti Hong Leong Islamic Bank Berhad, Al-Rajhi banking & Investment Corporation (Malaysia) Bhd., HSBC Amanah Takaful dan Alliance Islamic Bank.